fbpx

Penjawat awam Johor dapat RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi Rohani.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri Johor bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani berkata, pemberian itu telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berlangsung pada 6 April lalu.

Menurut beliau, pemberian bantuan itu turut disalurkan kepada kakitangan di bawah Skim ‘Contract Of Service’, ‘Contract For Service’, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

“Bantuan Khas Kewangan ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM18.81 juta yang akan diberi kepada seramai 13,400 kakitangan awam di negeri Johor.

“Pemberian bantuan khas kewangan ini merupakan keprihatinan kerajaan negeri bagi meringankan beban kewangan penjawat awam Johor sempena menyambut ketibaan lebaran pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, pembayaran bagi bantuan berkenaan akan dibuat pada 28 April depan.

“Semakan kelayakan bagi bayaran bantuan khas kewangan ini boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2022,” ujarnya lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI