fbpx

Dari 1,000 unit dalam 2 tahun kepada 40,000 unit sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhaslinda berjaya melonjakkan bisnesnya menerusi bimbingan RichWorks.

KUALA LUMPUR – Produk atau perkhidmatan mesti menonjol dan dilihat oleh pelanggan, kata pengasas Addar Global Sdn. Bhd.

Sebelum ini, Norhaslinda Rosli pernah berdepan cabaran apabila stoknya tidak terjual walaupun sekadar 1,000 unit.

“Puncanya mudah, saya tiada ilmu berkaitan perniagaan dalam talian, pemasaran dan pengurusan menyebabkan stok hanya 1,000 unit ambil masa dua tahun untuk dijual.

“Ketika menyertai program teknik pemasaran Millionaire Marketing Mastery (MMM), saya masih ingat kata-kata Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menekankan bahawa produk mesti buat pelanggan nampak dan diuar-uarkan,” jelasnya.

Sebelum ini, Norhaslinda pernah tersekat dengan hasil jualan yang statik sebelum mengambil keputusan untuk menyertai semula program anjuran RichWorks pada 2019.

“Jualan saya tak boleh naik, hanya sekitar RM50,000 hingga RM60,000, tak boleh pergi lebih daripada itu.

“Kini 40,000 unit boleh dijual dalam masa sebulan. Bermula dengan tiga kakitangan, saya sekarang menggaji 65 pekerja, memiliki Wisma Addar, malah mampu membeli rumah bernilai RM5.6 juta dan punya aset simpanan lebih RM6 juta.

“Alhamdulillah, saya juga seronok apabila dapat berkongsi rezeki dan menyumbang lebih banyak kepada masyarakat,” katanya.

Addar Global menyasarkan jualan RM30 juta tahun ini, berbanding RM16.6 juta tahun lalu dan RM4.27 juta pada 2020.

Mereka yang ingin menjana pendapatan secara percuma dan mendapatkan produk Addar, boleh ke laman sesawang www.addarbeauty.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI