fbpx

Quartararo mahu ‘angkat kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO hangat dikaitkan bakal menyertai Honda bagi menggantikan tempat Marquez selepas ini. – AFP

LONDON – Pengurus Fabio Quartararo, Eric Mahe mendedahkan, sudah melakukan perbincangan dengan pasukan lain mengenai perjalanan masa depan juara bertahan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu.

Kontrak Quartararo dengan Yamaha akan berakhir penghujung musim ini, selepas menyertai pasukan dari Jepun itu pada awal tahun lalu untuk menggantikan tempat legenda MotoGP, Valentino Rossi.

Pelumba dari Perancis itu ketika ini merupakan individu pa­ling penting di Yamaha selepas menamatkan kemarau enam tahun untuk bergelar juara dunia musim lalu sejak Jorge Lorenzo melakukannya sewaktu edisi 2015.

Meskipun Yamaha berulang kali menyatakan Quartararo adalah keutamaan mereka, namun pelumba berusia 22 tahun itu sering mengeluh terhadap kemampuan jentera M1 yang menghalangnya untuk mendapatkan tunggangan sempurna.

Lebih menghangatkan situasi apabila Quartararo hanya berdiam diri daripada menjelaskan mengenai spekulasi yang me­ngaitkan dirinya bakal menyertai Honda untuk menggantikan tempat Marc Marquez.

“Kami sedang menilai semua kemungkinan mengenai masa depan Quartararo. Misi utama adalah ingin mencapai keputusan terbaik, sebab itu kami tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan.

“Hanya dua pelumba akan dipanggil menyertai pasukan lain, jadi kami tidak terdesak membuat keputusan. Perbincangan te­lah dijalankan dan kami sedang berusaha yang terbaik buat Quartararo.

“Kami menghormati Yamaha tetapi atas sebab-sebab tertentu saya tidak boleh mendedahkan perkara itu. Jadi situasi sekarang masih terbuka buat kedua-dua pihak,” kata Mahe.

Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli sudah mengikat kontrak dengan Yamaha sehingga 2023, manakala Ducati kekal bersama Francesco Bagnaia bagi tempoh dua tahun lagi.

Selepas tiga pusingan, Quartararo berada di kedudukan kelima keseluruhan dan hanya meraih satu podium setakat ini pada Grand Prix Indonesia bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI