fbpx

Tiga pemuzik dunia berstatus bilionair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIHANNA, Jay Z dan pemuzik bermasalah, Kanye West diumumkan Forbes sebagai individu bertaraf billionair pada tahun 2022.

MAJALAH terkemuka dunia, Forbes mengumumkan senarai nama bilionair dunia baru-baru ini dan tangga tiga teratas diduduki tiga nama elit iaitu pengasas jenama kereta mewah, Tesla iaitu Elon Musk di tangga pertama, pemilik laman jual beli global, Amazon iaitu Jeff Bezos (kedua) dan keluarga Bernard Arnault yang terkenal dengan jenama pakaian mewah, LVMH di tempat ketiga.

Senarai berkenaan turut disempurnakan dengan kemasukan nama-nama pemuzik handalan dunia. Apa yang menarik, hasil kekayaan yang diraih mereka bukan hanya tertumpu dalam dunia muzik atau nyanyian semata-sama.

Ada dalam kalangan mereka menggunakan pengaruh dan populariti dengan melebarkan nama menerusi jenama produk yang mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat global.

Gala Kosmo! minggu ini merangkumkan tiga nama dan sumbangan penyanyi yang tersenarai sebagai bilionair menurut Forbes. Tiga nama tersebut adalah Rihanna, Jay Z dan pemuzik bermasalah, Kanye West.

Rihanna

Menurut senarai Forbes yang dikeluarkan setiap tahun, Rihanna atau nama sebenarnya, Robyn Rihanna Fenty NH menduduki tangga 1,729 dengan nilai kekayaan dianggarkan bernilai AS$ 1.7 bilion (RM7.14 bilion).

Meskipun kerjaya seninya seperti sudah ‘tepu’ kerana vakum daripada sebarang perkongsian muzik, Rihanna, 43, meraih banyak kekayaan menerusi produk yang diasaskan sendiri iaitu Fenty Beauty dan pakaian dalam wanita, Savage X Fenty. Kali terakhir Rihanna meluncurkan album adalah enam tahun lalu menerusi Anti.

Kanye West

Seorang lagi pemuzik antarabangsa yang tersenarai sebagai bilionair ialah rapper, Kanye West. Biarpun muzik yang mempopularkan namanya, sebenarnya bidang fesyenlah yang menjadikan Kanye atau nama sebenarnya, Kanye Omari West, tersangat kaya di Hollywood.

Menduduki tangga 1,513, West meraih kekayaan luar biasa disebabkan kolaborasi dengan jenama Nike menghasilkan kasut premium iaitu Yeezy. Pada 2019, jenama kasut berkenaan mencatat keuntungan berlipat ganda sebanyak AS$1.5 bilion (RM9.45 bilion) untuk tahun itu sahaja.

Jay Z

Suami kepada diva pop unggul, Beyonce bernama Jay Z ini merupakan antara pemuzik terawal yang berjaya memasuki senarai bilionair. Pada 2019, Jay Z atau nama sebenarnya, Shawn Corey Carter menjadi artis hip-hop pertama berstatus bilionair seperti diumumkan Forbes.

Tidak seperti Rihanna mahupun Kanye West yang meraih kekayaan bukan dari cabang seni atau muzik, Jay Z sebaliknya menjadi kaya-raya disebabkan katalog muziknya yang sangat bernilai. Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu membina empayar dengan katalog muzik berharga AS$75 juta (RM315 juta) dan pelaburannya dalam jenama minuman elit, D’Usse dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya AS$100 juta (RM4.2 bilion).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI