fbpx

Sektor kesihatan Sri Lanka ‘tenat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAKIT meninggalkan hospital ketika pekerja kesihatan mengadakan mogok kerja di Colombo pada 11 Februari lalu. - AFP

COLOMBO, Sri Lanka – Sektor penjagaan kesihatan Sri Lanka menyaksikan kejatuhan yang besar berikutan kenaikan harga ubat-ubatan penting sehingga 29 peratus seperti yang ditetapkan oleh kerajaan, lapor laman berita Wion News semalam. 

Doktor dan kakitangan institusi penjagaan kesihatan  pada Rabu lalu turun padang untuk menentang dasar yang diperkenalkan kerajaan itu.

“Terdapat kekurangan ubat-ubatan penting di hospital. Tiada bahan api untuk doktor pergi ke tempat kerja, mereka terpaksa berdiri di barisan panjang di stesen minyak,’’ jelas Presiden Persatuan Doktor Profesional Perubatan dan Hak Sivil, Dr. Chamal Sanjeewa kepada agensi berita ANI.

Tambah beliau, terdapat kekurangan dalam kebanyakan ubat anestetik yang digunakan dalam pembedahan.

“Ubat darah tinggi dan ubat penyelamat nyawa juga berkurang. Farmasi-farmasi tidak mempunyai ubat dan ubat antibiotik juga habis. 

“Pada hari-hari akan datang, kami akan menghadapi masalah besar,’’ jelas beliau.

Seorang lagi doktor, Hiran Karasingha memberitahu ANI bahawa keadaan di negara itu semakin teruk. 

“Rakyat miskin datang ke hospital kerajaan, namun tiada bekalan perubatan disediakan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI