fbpx

Pemandu, penumpang maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dan mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuching hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Proton Wira maut selepas kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Kuching di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.10 petang.

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Wira dinaiki dua lelaki tempatan berusia 23 tahun itu dalam perjalanan menghala ke bulatan Segambut dari arah pusat bandar.

“Kenderaan tersebut terbabas ke bahu jalan mengakibatkan pemandu dan penumpang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sarifudin Mohd. berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI