fbpx

Muliakan Ramadan, Diva AA berehat daripada media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZWAN ALI

PETALING JAYA – Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA nekad mahu berehat daripada membuat sebarang hantaran dalam platform media sosial sepanjang Ramadan ini.

Keputusan itu dikongsi menerusi ciapan di laman Twitter selepas memberi ucapan kepada seluruh semua umat Islam bersempena kehadiran bulan puasa.

Hos popular itu juga memaklumkan penutupan sementara laman sosial peribadinya di bulan penuh barakah ini mempunyai hikmah tersendiri.

Pada masa sama pemilik nama sebenar Mohamed Azwan Ali, 56, itu turut menitipkan pesanan kepada semua supaya menjalani ibadah puasa dengan sepenuh jiwa.

“Assalamulaikum, salam hamba hulur tanda ingatan. Salam Ramadan 1443 Hijrah daripada ‘truly amazing’ Diva AA untuk berbilion-bilion muslim di seluruh dunia khasnya pengikut hebat Diva AA.

“Semoga Ramadan 1443 Hijrah membawa 1,000 keberkatan untuk kita semua insya-Allah. Jangan lupa puasa. Jangan lupa bersahur dan jangan lupa mengembalikan nostalgia Ramadan yang lama menghilang dari kita hampir setahun lamanya.

“Cuma Diva AA nak mengingatkan pada semua bahawa media sosial Diva AA akan terhenti sepanjang Ramadan 1443 Hijrah.

“Ada hikmahnya. Insya-Allah. Jumpa lagi,” katanya dalam ciapan tersebut.

Azwan yang berkecimpung dalam dunia penyiaran lebih tiga dekad menjadi personaliti televisyen tumpuan ramai disebabkan kelantangannya menyuarakan pendapat atau isu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI