fbpx

Lelaki ditahan miliki dadah dalam kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan polis di sebuah kondominium dekat Jalan Klang Lama, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai memiliki serta mengedar dadah diberkas dalam serbuan di sebuah kondominium dekat Jalan Klang Lama di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 10.15 malam.

“Hasil serbuan, polis telah merampas dadah jenis ketamin sebanyak 19.9 gram dan methylenedioxy methamphetamine (MDMA) seberat 214.43 gram yang dianggarkan bernilai RM12,600.

“Sementara itu, hasil siasatan awal mendapati suspek telah terlibat dalam aktiviti dadah sejak dua tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin dan semakan rekod menunjukkan suspek mempunyai satu rekod lampau berhubung kes pecah amanah.

“Sehingga kini kita masih lagi menjalankan risikan serta siasatan bagi mengenalpasti ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan dadah diperolehi,” ujarnya.

Katanya, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI