fbpx

Kes seludup mercun di Pasir Mas dan Tumpat meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kanan) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota Bharu hari ini. /FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Kegiatan menyeludup mercun di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat didapati meningkat dua kali ganda menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dua daerah itu yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand menjadi lokasi tumpuan penyeludup untuk membawa masuk mercun secara haram.

Menurutnya, penyeludup mercun akan menggunakan apa sahaja cara untuk membawa masuk barangan itu ke negara ini kerana ia mendapat permintaan tinggi ketika ini.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, penyeludupan mercun di dua daerah itu meningkat dua kali ganda ketika ini.

“Kita telah menempatkan pasukan pemantauan termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) di kawasan sempadan untuk mengesan sebarang kegiatan penyeludupan di situ,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Iftar Bersama Ketua Polis Kelantan dan Pengamal Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Dalam majlis itu, 10 pengamal media terdiri daripada Media Mulia (Kosmo! /Utusan Malaysia),Sinar Harian, New Straits Times dan Radio Televisyen Malaysia menerima sijil penghargaan atas kerjasama melaporkan kejayaan polis mengekang jenayah di negeri ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, tugasan mengekang kegiatan penyeludupan semakin mencabar ketika ini selepas negara sudah beralih kepada fasa endemik sejak 1 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI