fbpx

Keputusan SMA Selangor menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahzihan.

SHAH ALAM – Keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di Selangor pada tahun lalu mencatatkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 1.2 peratus.

Berdasarkan statistik, keputusan keseluruhan berkenaan mencatatkan 94 peratus berbanding 95.2 peratus pada 2020.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, seramai 3,325 calon mengambil peperiksaan SMA berbanding 2,925 orang pada tahun sebelumnya.

Katanya, keputusan peperiksaan itu bagi Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor (SABK) adalah 96.4 peratus iaitu menurun berbanding 97.3 peratus pada 2020.

“Bagi empat Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), keputusan yang direkodkan tahun lalu adalah 99.4 peratus berbanding 100 peratus pada sebelumnya.

“Manakala, keputusan keseluruhan peperiksaan bagi Sekolah Menengah Islam (SMI) Persendirian pula adalah 77.3 peratus berbanding 79.9 peratus pada 2020,” katanya ketika mengumumkan keputusan itu hari ini.

Jelas Mohd. Shahzihan, peratus calon SMA yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) bagaimanapun meningkat 12.5 peratus iaitu 411 calon berbanding 326  calon pada 2020.

“Calon yang mendapat pangkat Jayyid (Baik) juga meningkat sebanyak 0.94 peratus iaitu 988 calon berbanding 854 pada sebelum ini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI