fbpx

Wanita potong rambut lebih 1 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VANESSA tidak pernah memotong rambutnya selama 19 tahun. - @08vanessa.r/News Dog Media

SALT LAKE CITY, UTAH – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang mendapat jolokan ‘Rapunzel sebenar’ kerana memiliki rambut yang sangat panjang, mencuri perhatian netizen apabila dia memotong rambutnya sepanjang 1.2 meter, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Ibu kepada dua anak, Vanessa Rasmusson, 26, yang menetap di negeri Utah popular di laman TikTok kerana memiliki rambut panjang hingga paras betis. Dia tidak pernah memotong rambutnya selama 19 tahun.

Ketika berusia tujuh tahun, rambut Vanessa pernah dipotong pendek tetapi dia tidak menyukainya. Dia tidak lagi memotong rambutnya selepas itu. Bagaimanapun, baru-baru ini Vanessa berubah fikiran kerana tidak mahu rambut yang panjang menentukan harga dirinya.  

Sebelum ini, dia sudah terbiasa dengan pujian orang ramai dan memperoleh ramai pengikut di laman sosial disebabkan gaya rambutnya seperti watak dalam cerita dongeng, Rapunzel.

“Ketika berusia tujuh tahun, saya memotong rambut tetapi membencinya dan berjanji kepada diri sendiri bahawa saya tidak akan memotongnya pendek lagi.

“Saya suka mempunyai rambut panjang dan ingin tahu berapa panjang rambut saya akan tumbuh. Saya tidak menyangka akan mempunyai  rambut yang panjang hingga ke paras betis,’’ kata wanita itu.

Tambah Vanessa, rambutnya tumbuh dengan lebih cepat selepas dia mempunyai dua orang anak. Wanita itu juga sering dipuji serta menjadi perhatian ramai sehinggakan dia berasa terikat dengan identiti berambut panjang. 

“Kini, saya mahu orang ramai melihat kelebihan diri saya selain berambut panjang. Saya mahu menjadi orang yang berbeza berbanding ketika berusia tujuh tahun dahulu,’’ jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI