fbpx

Tiada laporan polis kes azan maghrib awal di Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (dua dari kiri) semasa menjalankan pemantauan SOP di bazar Ramadan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu hari ini.- FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Tiada laporan polis dibuat oleh penduduk setempat atau mana-mana pihak berhubung kejadian laungan azan maghrib awal empat minit di Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, setakat ini, polis menyerahkan siasatan kes itu kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk tindakan lanjut.

“Saya ambil maklum mengenai kejadian itu selepas ia tular di media sosial. Masih tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu dan kita serahkan kepada Maik jika ada tindakan selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjalankan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan Stadium Muhammad IV di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial apabila terdapat dakwaan yang mengatakan bilal surau Al-Qadir melaungkan azan maghrib empat minit awal.

Keadaan itu juga menyebabkan banyak perdebatan dalam kalangan masyarakat yang mengatakan bahawa penduduk di sekitar Guchil 5, 6 dan 7 di Kuala Krai perlu menggantikan puasa selepas didapati berbuka lebih awal daripada waktu sebenarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI