fbpx

Rakyat Indonesia tentukan fasa endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin mahu rakyat negara itu sedar apa yang perlu mereka lakukan untuk menangani pandemik Covid-19. - Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB)

JAKARTA – Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin memaklumkan bahawa negara berkenaan bersedia untuk beralih daripada pandemik Covid-19 kepada fasa endemik, lapor laman berita Kompas.com. 

Bagaimanapun, Budi menyatakan bahawa peralihan boleh dilakukan jika kesedaran rakyat republik itu mengenai kesihatan mereka meningkat.

“Sekiranya orang ramai lebih bersedia menyedari apa yang perlu dilakukan untuk menangani wabak ini, ia menunjukkan kita bersedia untuk melakukan peralihan daripada pandemik kepada endemik,’’ katanya pada Mesyuarat Penilaian Terhad Perintah Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM).

Budi berharap akan ada peningkatan dalam situasi semasa pandemik Covid-19 di Indonesia yang disusuli dengan tanggungjawab oleh pelbagai pihak dan setiap lapisan masyarakat.

“Kesihatan melawan wabak ini berada di tangan masing-masing,’’ jelas beliau.

Mengenai kes Covid-19, Kementerian Kesihatan Indonesia merekodkan penurunan kes aktif sebanyak 5,755 kes kepada 90,235 kes aktif.

Jumlah kes Covid-19 kelmarin pula dicatatkan meningkat sebanyak 1,661 kes. 

Sementara itu, jumlah kes positif yang disahkan sejak Mac 2020 di negara berkenaan adalah 6,021,642 orang.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19, Leftenan Jeneral Suharyanto berharap keadaan kes Covid-19 selepas sambutan hari raya Aidilfitri 2022 tidak meningkat seperti cuti-cuti sebelum ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI