fbpx

Harga petrol RON97 turun 10 sen mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen berkuat kuasa esok sehingga 13 April depan, menjadikannya dijual pada RM3.81 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Katanya, pengekalan harga bagi petrol RON95 dan diesel tersebut adalah bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI