fbpx

Harga juadah kekal, tetapi saiz lebih kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ketika orang ramai merungut harga makanan mahal di bazar Ramadan, ada peniaga mula mengatur strategi mengekalkan harga tetapi mengecilkan saiz makanan.

Perkara itu dilakukan bagi mengelakkan pembeli terbeban, malah peniaga juga mahu situasi menang-menang.

Di Shah Alam, Selangor, seorang peniaga nasi ayam terpaksa kecilkan kuantiti isi jualan makanan bagi menampung kos kenaikan harga tersebut.

Seorang penjual nasi ayam, Normadiah Shamsudin, 35, berkata, dia terpaksa membeli seekor ayam dengan harga yang tinggi iaitu RM8.50 berbanding RM5.50 sebelum ini.

Katanya, dia masih kekalkan harga bagi jualan nasi ayamnya iaitu RM5 bagi mengelakkan pe­langgan lari.

Di Bagan Serai, Perak, keba­nyakan peniaga bazar Ramadan Jalan Raja Syed Thauphy di sini pula masih mengekalkan harga jualan seperti tahun lalu walaupun kos barangan meningkat.

Peniaga kuih, Saiful Nizam Hamid, 40, berkata, dia bersama isterinya tidak sampai hati untuk menaikkan harga jualan selain turut rasai kesusahan pelanggan.

“Saya tidak sampai hati untuk naikkan harga jualan kerana kebanyakan pe­langgan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah,” ujarnya.

Sementara di Jerantut, Pahang, Fauziah Abdullah, 40, berkata, dia menjual kuih tepung pisang, pulut dan ubi ketika mula berniaga hari pertama Ramadan dengan jualan sebekas yang mengan­dungi lima biji dengan harga RM2.

“Jualan di bulan Ramadan sama seperti hari biasa sebelum ini dan kebanyakan pelanggan di Felda ini sudah sinonim dengan makanan ini, malah selesa ber­belanja dengan harga ini.

“Saya tetap menjual dengan harga yang murah walaupun bahan mentah susah diperolehi,” katanya.

Bagi peniaga roti John, Azmi Din, 42, mengakui ramai rakan-rakan mengambil keputusan untuk tidak ikut serta berniaga di bazar Ramadan tahun ini kerana terkesan dengan kenaikan harga barang.

Menurut Azmi, kenaikan harga daging sebanyak 80 sen sepeket memang memberi kesan yang amat ketara kepadanya sebagai peniaga roti john dan burger.

“Harga mayonis dan beberapa jenis sos juga naik, belum lagi ­bahan-bahan yang lain yang sering saya gunakan untuk membuat burger dan roti john,” ­jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI