fbpx
AKRAM (kanan) percaya, KL City FC mampu menewaskan PSM Makassar menjelang aksi pertama Kumpulan H di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

Pertembungan JDT, KL City pasti sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTEMBUNGAN Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini bakal menjadi perlawanan tumpuan minggu ini bahkan le­bih daripada perhitungan biasa.

Dua pertemuan terakhir ke­dua-dua pasukan sudah menyajikan cerita berbeza dan pertemuan kali ini bakal menjanjikan aksi panas ketika venue berke­naan begitu kebal buat skuad Ibu Kota termasuk kemenangan 1-0 KL City ke atas JDT pada Feb­ruari 2018.

Malah, stadium sama dijangka hangat memandangkan venue serupa pernah menggegarkan arena bola sepak negara membabitkan insiden pergaduhan penyokong ketika aksi pertama Liga Super menentang Selangor, 4 Mac lalu.

Menambah kehangatan perlawanan kali ini adalah kemenangan 3-0 JDT pada aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim 26 Februari lalu yang turut dipalit dengan kekecohan di luar stadium.

Pemain tengah KL City, Akram Mahinan berkata, perlawanan ini menjadi ujian sebenar buat pasukannya memandangkan ia adalah perlawanan pertama pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillah, semua berjalan dengan positif sepanjang dua minggu rehat antarabangsa. Ia tidak ubah seperti pramusim, malah Romel (Morales) juga sudah mula berlatih dan perkembangan ini beri suntikan sema­ngat buat kami.

“Saya yakin yang kami sudah pun bersedia dari segi mental dan juga fizikal,” katanya.

Ketika kehadiran Romel dijang­ka menambah kualiti di jentera serangan, pengendali KL City, Bojan Hodak kini dalam persiapan rapi untuk memperkukuhkan benteng akhir selepas bolos enam gol dalam dua aksi awal.

POPULAR