fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan seorang wanita apabila bakal menerima adik pada usia 24 tahun.

‘Belum sempat beri cucu, mama dah bagi adik baru’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita, 24, berkongsi berita gembira dan sebuah kejutan apabila ibunya disahkan berbadan dua ketika berusia 43 tahun.

Menerusi perkongsian @lycheemeraaah di media sosial, dia agak terkejut kerana bakal menerima seorang adik pada usia sebegini dan selama ini hanya menganggap dia adalah yang bongsu.

Sementara itu, wanita tersebut sempat menunjukkan keputusan alat penguji kehamilan milik ibunya yang terdapat dua garisan dan juga rakaman dia menemani si ibu melakukan pemeriksaan di klinik.

“Belum sempat beri cucu dekat mama, dia dah bagi adik baru kat kita pula,” selorohnya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibunya diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengandung.

Ini kerana kebiasaannya, wanita yang berusia 40 tahun ke atas tidak disarankan untuk hamil kerana faktor kesihatan.

“Jauh juga beza umur awak dengan adik baru nanti, moga dipermudahkan urusan ibu awak,” komen Suhaili.

Dalam pada itu, ada pengguna yang berkongsi pengalaman keluarganya yang mengalami situasi sama seperti wanita tersebut.

“Abang ipar aku umur 28 tahun pun alami situasi sama macam ini, baru dapat adik baru lagi,” kongsi Chujiea. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN