Sebuah lori muatan ikan terbabas berhampiran Kampung Kota dekat Hutan Melintang di Bagan Datuk petang tadi.

Tayar lori tercabut, ribuan ikan bertaburan atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Ribuan ikan bertaburan di atas jalan raya selepas sebuah lori yang membawa muatan itu terbabas akibat tayar belakang tiba-tiba tercabut berhampiran Kampung Kota dekat Hutan Melintang di sini, hari ini.

Kejadian di Kilometer 29, Jalan Feri menghala ke Sabak Bernam itu berlaku kira-kira pukul 6.40 petang, sekali gus menarik perhatian ramai selepas beberapa foto memaparkan ikan bersaiz kecil bertaburan di atas jalan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd. Jali berkata, kemalangan itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa atau kerosakan kenderaan lain.

“Pemandu lori ikan yang berusia 39 tahun juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN