fbpx

Warga Singapura lepas gian berlumba, pandu kereta melulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan pemandu kereta Singapura memandu secara berbahaya dan melulu dipercayai berlaku di simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi, Johor.

KOTA TINGGI – Padah tunjuk lagak di Malaysia dengan memandu secara merbahaya, beberapa pemandu yang membawa kenderaan nombor pendaftaran Singapura kini sedang dicari pihak polis.

Polis Kota Tinggi kini sedang mengesan pemandu kereta berkenaan selepas tular video kenderaan itu dipandu secara melulu di simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi (IPD) telah mengesan satu video tular berdurasi 41 saat yang memaparkan sebuah kereta berwarna emas dipandu dalam keadaan merbahaya dengan cara memotong kenderaan lain secara melulu.

Katanya, kejadian disyaki berlaku di jalan Sungai Rengit menghala ke Bandar Penawar itu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Aksi merbahaya itu berjaya dirakam oleh orang awam dan telah dimuatnaik ke laman Facebook pada 3 April 2022 yang lalu.

“Susulan rakaman video tersebut, pihak polis BSPT telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sedang mengenalpasti pemandu kenderaan yang terlibat.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000,”katanya dalam kenyataan.

Tambahnya pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dan
melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI