fbpx

Tukar strategi ketat kawalan varian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada pihak hospital pada lawatan kerja ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH –  Kementerian Kesihatan (KKM) akan menukar strategi kawalan Covid-19 sekiranya mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE lebih serius dan berisiko kepada pesakit.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagaimana pun berkata, sehingga kini tiada laporan berlaku jangkitan Covid-19 membabitkan Omicron XE direkodkan di negara ini berbanding negara jiran, Thailand.

Katanya, KKM sedang memantau perkembangan mutasi baharu itu bagi mengenal pasti ciri-ciri dan kesannya termasuk kadar kebolehjangkitan dan keseriusan wabak itu.

“Kita pun tidak tahu apakah ciri-ciri varian ini namun ada dua perkara yang kita lihat bagi varian baharu iaitu kadar kebolehjangkitan dan keseriusannya.

“Kebolehjangkitan Omicron contohnya adakah tinggi berbanding Delta, sebab itu kes melambung naik namun tahap keseriusannya adalah lebih sederhana berbanding Delta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Selain HRPB, Khairy Jamaluddin turut melawat ke Hospital Batu Gajah meninjau wad ‘Long Covid’ dan Rehabilitasi Hospital Batu Gajah yang pertama diwujudkan di negeri Perak di bawah Kluster Hospital Ipoh.

Asalnya, wad ini merupakan wad rehabilitasi yang telah beroperasi sejak tahun 2012 tetapi diguna sebagai wad Covid tambahan ketika kes Covid-19 meningkat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI