fbpx

Kisah cinta terbongkar, Kevin Oh ‘berat hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEVIN OH

SELEPAS beberapa hari hubungan cinta yang terjalin antara aktres Gong Hyo-jin tersebar dan mendapat liputan meluas daripada media serta peminat, kekasihnya penyanyi Kevin Oh tampil menulis surat terbuka kepada umum.

Kevin menerusi ‘fan cafe’ miliknya dengan rasa rendah diri mengakui tidak tahu cara untuk berkongsi tentang hubungan istimewanya bersama Hyo-jin kepada peminat.

“Saya teragak-agak untuk berkongsi mengenainya sehinggalah betul-betul bersedia, tetapi laporan media terlebih dahulu memberitahunya kepada kalian.

“Dengan berat hati, saya menulis surat ini. Kalian sentiasa menyokong saya. Jadi memandangkan saya tidak dapat memberitahu sendiri perihal hubungan ini, maka saya akan bersikap jujur dengan kalian.

“Saya bertemu dengan seseorang yang sangat hebat dan saya cintakannya sepenuh hati. Saya tahu laporan media sangat mengejutkan tetapi saya harap kalian menyokong kami,” tulisnya.

Pendedahan percintaan Hyo-jin dan Kevin mendapat perhatian bukan sahaja disebabkan populariti bahkan perbezaan usia Kevin yang lebih muda berbanding kekasih heboh diperdebatkan peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI