fbpx
JOHN ABRAHAM

John Abraham nyaris kudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON John Abraham mendedahkan nyaris kehilangan kaki kanannya yang hampir dipotong akibat masalah gangren.

Ujar John, kejadian tersebut berlaku sekitar 2016 sewaktu dia dalam rangka mempromosikan filem lakonannya berjudul Force 2.

“Kaki saya hampir dipotong kerana gangren. Sel pada kaki kanan telah mati dan doktor saran supaya dibuang sahaja,” ujarnya.

Semua masalah itu berpunca daripada kecederaan yang dialami sewaktu melakonkan aksi lagak ngeri dalam filem Force 2 sehingga perlu menjalani beberapa kali pembedahan.

“Lutut saya mengalami kecederaan dan dibedah sebanyak tiga kali.

“Akhirnya doktor menyarankan supaya kaki kanan saya dipotong. Bagaimanapun, saya enggan berbuat demikian,” katanya.

Pelakon berusia 49 tahun itu bagaimanapun lega selepas kaki kanannya berjaya diselamatkan selepas menjalani satu pembedahan bersama seorang pakar dari Bombay.

POPULAR