fbpx

CAAM akan lihat semula Sistem Pengawasan Data Penerbangan MAB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chester Voo

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melihat semula Sistem Pengawasan Data Penerbangan dalaman Malaysia Airlines Bhd. (MAB) susulan sebuah pesawat syarikat itu yang berpatah balik semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Chester Voo berkata, perkara itu penting bagi memantau dan merekodkan semua profil data penerbangan pesawat berkenaan.

Beliau berkata, data awal menunjukkan maklum balas yang betul daripada kru operasi berhubung isu teknikal ini.

“Kami sedang berhubung rapat dengan MAB untuk memastikan segala perkara berkaitan keselamatan teknikal ditangani sebaiknya mengikut segala prosedur keselamatan dan peraturan termasuklah maklum balas juruterbang dan proses airworthiness bagi jenis pesawat berkenaan.

“Kami juga akan terus memantau situasi ini dan tidak akan berkompromi atas sebarang isu yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan sekuriti operasi syarikat penerbangan dan orang awam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya juga mengesahkan satu Mandatory Occurrence Report telah diterima dari MAB berhubung pesawat MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau itu.

Chester berkata, pesawat berkenaan telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan dan mendarat dengan selamat pada pukul 5.03 petang.

Katanya, juruterbang dan pembantu juruterbang juga telah mengendalikan isu teknikal tersebut dengan selamat dan pesawat berkenaan kembali ke Kuala Lumpur bagi tujuan penyelenggaraan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI