fbpx
DE BRUYNE (kiri) membuka tirai jaringan buat City dalam kemenangan 2-0 ke atas Burnley di Turf Moor malam kelmarin. – MANCITY

The Citizens mula rasai tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kemenangan 2-0 ke atas Burnley terus mengekalkan kedudukan Manchester City di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), namun pengurusnya, Pep Guardiola sudah mula merasai tekanan daripada Liverpool.

Tanggal 10 April ini menjadi detik penting buat City apabila dijadualkan menentang The Reds di Stadium Etihad dan Guardiola merasakan pencabar terdekatnya itu tidak akan kehilangan mata dalam baki lapan perlawanan.

“Ada lapan perlawanan sahaja lagi dengan menawarkan 24 mata. Saya harap Liverpool akan tewas ketika menentang kami tetapi saya juga tidak fikir yang mereka akan tercicir mata.

“Kami sudah merasakan tekanan ini tetapi kami perlu hadapinya dan cuba mengatasinya dengan baik. Tiada pilihan selain perlu menang perlawanan ini (bertemu Liverpool) kerana jika gagal, kami tidak akan bergelar juara musim ini,” katanya.

Pada aksi di Turf Moor malam kelmarin, Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan masing-masing berjaya meledak satu gol sekali gus meletakkan The Citizens kekal pada landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan EPL dimenangi musim lalu.

Raheem Sterling turut berjaya menyerlahkan kualitinya apabila mencipta dua umpanan gol dan perkembangan tersebut menggembirakan Guardiola melihat peranan dimainkan bintang antarabangsa England itu.

“Raheem (Sterling) baru sahaja kembali daripada pasukan kebangsaan dengan moral terbaiknya sebagai kapten England,” jelas Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN