fbpx

Rumah hangus selepas sehari beli peti sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NITAWATI melihat keadaan rumah sewanya yang terbakar hingga menyebabkan segala harta bendanya musnah dalam kejadian di Kampung Padang Kemunting, Alor Gajah awal bulan lalu.

ALOR GAJAH – Seorang wanita Indonesia buntu memikirkan nasib tiga anaknya kerana dia tidak lagi mampu mengirimkan wang selepas rumah sewanya di Kampung Padang Kemunting dekat sini musnah terbakar awal bulan lalu.

Nitawati Sulhadi, 35, berkata, kejadian pada pada pukul 12 te­ngah hari itu turut memusnahkan kelengkapan untuknya berniaga buah potong, air balang dan bertih jagung.

Katanya, wang simpanannya RM4,000 bersama suami, Kamal Sandi Bharum, 40, turut hangus.

“Tiada jalan singkat untuk mengumpul wang. Saya dan suami berniaga secara kecil-kecilan di sekitar pantai Pengkalan Balak dan kedai-kedai makan.

“Saya keluar rumah pada awal pagi dan pulang pada pukul 12 tengah malam. Selagi ada kedai makan yang dibuka, selagi itu saya akan cuba menjual buah potong. Bolehlah dapat RM70 pada hari biasa dan mencecah RM150 pada hujung minggu,” katanya.

Menurut Nitawati, dia reda cuma buntu memikirkan nasib anak-anak kerana tidak dapat mengirim wang seperti biasa.

Tambahnya, paling terkilan apabila peti sejuk yang dibeli secara tunai pada harga RM850 hanya sempat bertahan sehari sebelum musnah dijilat api.

“Tujuan saya beli adalah untuk menjalankan perniagaan dengan lebih serius. Tidak mengapalah rumah saya tidak ada televisyen dan mesin basuh, asalkan ada peti sejuk untuk menyimpan buah-buahan.

“Tapi malangnya, belum sempat digunakan sudah musnah. Saya hanya mampu melihat rumah terbakar dari jauh tanpa dapat berbuat apa-apa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI