fbpx

Putin guna ‘kembar’ untuk tujuan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penyamar didakwa dilatih untuk berjalan dan meniru gerak tubuh yang sama seperti Putin. – Getty Images

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin dikatakan menggunakan khidmat penyamar yang mempunyai rupa paras seperti dirinya bagi tujuan keselamatan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Putin dilaporkan telah memecat lapan jeneral kanannya kerana tidak berpuas hati penaklukan Ukraine berlangsung perlahan dan beliau bimbang akan menjadi sasaran bunuh.

Penyamar tersebut dipercayai tinggal di kompleks Presiden di Moscow yang dikenali sebagai ‘Istana Putin’  dan dilatih untuk berjalan serta berperwatakan seperti pemimpin itu.

“Kami tahu Putin kini paranoid tentang  keselamatannya. Tindakan menggunakan penyamar menunjukkan pasukan beliau memandang serius perkara tersebut.

“Saya tidak terkejut sekiranya dalam beberapa bulan lagi, kita mendengar mengenai kematian  Putin dan alasan yang diberikan adalah serangan jantung atau penyakit yang sudah lama dihidapi.

“Saya tidak fikir mereka (Kremlin) akan mengakui bahawa ia berpunca daripada rampasan kuasa dalaman,” kata seorang sumber kepada akhbar Britain, Daily Star.

Sebelum ini, dalam satu temu bual bersama media Rusia pada 2020, Putin pernah ditanya soalan sama ada beliau adalah Vladimir Putin yang sebenar.

Pemimpin Rusia itu ditawarkan untuk menggunakan khidmat seorang penyamar sebagai langkah perlindungan peribadi ketika konflik  Chechnya berlangsung, namun menolak tawaran tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI