fbpx

Perogol bersiri dipenjara 650 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perogol bersiri ini kini berusia 59 tahun selepas berjaya ditangkap hasil penemuan DNA pada sampul bil air miliknya. - Pejabat Pendakwa Raya Shelby County

NASHVILLE – Seorang lelaki di Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara selama 650 tahun atas jenayah serangan seks yang dilakukannya 35 tahun lalu, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Steven Ray Hessler akhirnya diberkas selepas polis menemui kesan asid deoksiribonukleik (DNA) pada sepucuk sampul bil air yang dijilatnya.

Sekitar tahun 1980-an, Hessler menggemparkan daerah Shelby di negeri Tennessee dengan memperkosa wanita di sana.

Dia  memecah masuk rumah mangsa dengan bersenjatakan pistol  atau pisau sebelum mengikat dan merogol mereka.

Semasa serangannya, Hessler  memakai kot besar dan menutup wajahnya dengan topeng   atau kain hitam.

Selama 35 tahun, Hessler gagal diberkas, manakala identitinya  kekal misteri sehinggalah polis menemui sampul bil air yang mempunyai sampel DNA lelaki itu.

Ia sepadan dengan DNA dari tempat kejadian jenayah terakhirnya yang dilaporkan pada 17 Ogos 1985.

Hessler didapati bersalah  atas dua pertuduhan merogol, enam pertuduhan berkelakuan, tujuh pertuduhan pecah rumah yang mengakibatkan kecederaan, tiga pertuduhan jenayah lain dan satu pertuduhan merompak.

Pendakwa raya Daerah Shelby, James B. Landwerlen berkata,  Hessler melakukan jenayah itu idari 14 Ogos 1982 hingga 17 Ogos 1985.

Sepanjang tempoh itu,  dia menyerang 10 mangsa dengan kejam termasuk seorang gadis berusia 16 tahun, tujuh wanita dan dua lelaki. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI