fbpx
Pegawai polis menahan seorang penunjuk perasaan di tengah-tengah Dataran Manezhnaya di Moscow. - AFP

Kremlin sediakan ‘hotline’ dedah pengkhianat negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Pentadbiran Presiden Rusia, Vladimir Putin menggalakkan rakyat membuat laporan mengenai individu termasuk keluarga dan rakan-rakan yang mengkritik pencerobohan ke atas Ukraine, lapor akhbar Mirror UK.

Tindakan itu sangat mirip dengan taktik yang digunakan oleh diktator era Kesatuan Soviet, Joseph Stalin.

Talian telefon dan laman web telah disediakan supaya warganegara yang baik melaporkan pengkhianat yang tidak bersetuju dengan tindakan Kremlin ke atas Ukraine.

Kremlin dilaporkan telah menghantar mesej teks kepada penduduk Rusia di beberapa wilayah berhubung perkara itu dengan amaran, suspek akan dimasukkan ke dalam penjara.

Mana-mana rakyat  Rusia yang ingin mengecam rakan senegara mereka juga boleh menggunakan saluran khusus di platform media sosial.

Dalam pada itu, pelajar sebuah sekolah di Penza, tengah Rusia, mengecam guru mereka sendiri selepas secara rahsia merakam dia membuat komen antiperang.

Buat masa ini, semua rakyat Rusia diharamkan untuk bersuara atau menunjukkan rasa tidak setuju terhadap pencerobohan Ukraine.

Malah, menyebut operasi tersebut sebagai perang juga dilarang kerana Putin menegaskan ia adalah operasi ketenteraan khas.

Beliau memberi amaran kepada pengkhianat bahawa rakyat Rusia yang setia akan mendedahkan mereka seperti lalat yang terbang ke dalam mulut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN