fbpx

Dua beranak maut terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT dua beranak ditemukan terbaring di tepi sungai dekat Ladang Sawit Batu Sawar 2 di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Dua beranak Orang Asli maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik daripada alat renjatan elektrik untuk menangkap ikan di Ladang Sawit Batu Sawar 2 di sini semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang berumur 45 tahun dan anaknya berumur 16 tahun ditemukan seorang penduduk kira-kira pukul 3.40 petang semalam.

“Berdasarkan laporan kedua-dua mangsa tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu menyebabkan beberapa penduduk kampung keluar mencari mangsa bermula pukul 10 pagi semalam.

“Penduduk kampung kemudiannya menemukan kedua-dua mangsa terbaring di tepi sungai dipercayai terkena alat renjatan elektrik buatan sendiri,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya pihak polis turut menemukan bateri kereta dan wayar serta peralatan menangkap ikan berhampiran mayat mangsa.

Dalam pada itu beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat perkara yang boleh memudaratkan, menggunakan bateri kereta membuat renjatan elektrik adalah salah dari segi undang-undang,”ujarnya. – KOSMO !ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI