fbpx

Carrie Lam mahu bersama keluarga, tolak penggal kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sidang akhbar Jabatan Perkhidmatan Maklumat hari ini di mana Carrie Lam memaklumkan tidak akan meneruskan penggal kedua sebagai ketua eksekutif. - Coconut News

HONG KONG – Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengekalkan jawatannya untuk  penggal kedua, lapor portal Coconut News, hari ini.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas tempoh penamaan calon untuk pemilihan ketua eksekutif bandar raya  itu dibuka.

Lam berkata, beliau tidak mahu dipilih semula kerana permintaan daripada keluarganya.

“Keluarga saya adalah keutamaan saya. Ini satu-satunya pertimbangan saya ketika membuat keputusan,” kata Lam.

Beliau turut menambah, keluarga memintanya untuk meluangkan lebih banyak masa di rumah.

Menurut Lam, beliau telah memaklumkan keputusan itu kepada Pemerintahan Rakyat Pusat China  awal tahun lalu dan mendapat keizinan mereka.

Pemilihan untuk pemimpin Hong Kong seterusnya, ditunda kepada Mei ini berikutan pulau itu  kini bergelut dengan gelombang penularan Covid-19 yang paling buruk  dalam tempoh lebih dua tahun.

Dengan penggal berbaki tiga bulan sahaja lagi,  Lam berkata,  beliau akan terus memimpin pasukannya untuk menstabilkan situasi Covid-19.

Beliau juga berjanji untuk mengadakan pemilihan ketua eksekutif yang berjaya dan memastikan penyerahan kuasa yang lancar kepada pentadbiran seterusnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI