fbpx

Mangsa eksploitasi seks warga asing diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahimi Ra’ais.

GEORGE TOWN – Dua wanita warga asing yang menjadi mangsa eksploitasi untuk memberikan perkhidmatan seks diselamatkan polis menerusi serbuan di sebuah hotel di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas di sini Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) JSJ Kontinjen Pulau Pinang berjaya menyelamatkan wanita berusia 27 dan 28 tahun itu.

“Dalam serbuan ini, dua lelaki warga tempatan berusia 29 dan 39 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjaga serta ejen telah ditahan.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai telah dieksploitasi untuk memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook PDRM Pulau Pinang hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang diselamatkan bersama suspek yang ditangkap telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di Balik Pulau dekat sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI