fbpx

Cantiknya isteri Fizo Omar bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI memuji kecantikan isteri Fizo yang manis mengenakan hijab.

BARU-BARU ini, pelakon Fizo Omar ada berkongsi beberapa keping foto bersama isteri kesayangannya, Fazeera Nazri dalam Instagram.

Perkongsian foto tersebut bagaimanapun menarik perhatian netizen apabila memuji penampilan Fazeera yang tampil berhijab.

Difahamkan Fazeera dan Fizo sedang menghadiri sebuah kursus selama empat hari. Dek perkongsian foto tersebut, ruangan komen pantas dibanjiri pujian pengikut Fizo terhadap kecantikan Fazeera. Ramai berharap agar wanita itu kekal menutup aurat dengan sempurna.

Malah, ada juga pengguna Instagram mendoakan Fazeera supaya istiqamah dan menjadi wanita Muslim sejati.

“Hanya nak doa semoga isteri abang Fizo terus istiqamah,” kata seorang netizen.

“Cantiknya isteri Fizo bertudung,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

“Alhamdulillah. Sudah bertudung isteri Fizo. Semoga istiqamah ke arah kebaikan,” komen seorang pengguna Instagram.

Diva pun mendoakan semoga Fazeera dan Fizo terus kekal bahagia sehingga ke anak cucu.

DIVA: Khabarnya pelakon Nelydia Senrose juga sudah berhijab sekarang. Alhamdulillah. Manis sungguh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI