fbpx

Wajah baharu CHAGEE tawar pengalaman menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jack Chong (kiri) bersama Chong Wei sempena Majlis Pembukaan CHAGEE di Pavilion hari ini. Gambar MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Jenama minuman teh premium BaWangChaji Malaysia mengumumkan penjenamaan semula kepada CHAGEE Malaysia (CHAGEE) sempena pembukaan kedai perdananya yang pertama di pusat beli belah Pavilion, di sini hari ini.

Dalam majlis yang sama, CHAGEE turut mengumumkan duta jenama baharunya iaitu ikon badminton negara, Datuk Dr. Lee Chong Wei.

Ketua Pegawai Eksekutif CHAGEE, Jack Chong Cai Liang berkata, keputusan tersebut bukan sahaja menawarkan sajian minuman premium, malah bermatlamat untuk meningkatkan pengalaman pengguna dalam suasana moden.

“Menerusi penjenamaan semula hari ini, kami telah mengetengahkan tiga perubahan utama iaitu nama jenama, logo dan identiti visual baru.

“Justeru, usaha ini bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna melalui panca indera bermula dari detik mereka melangkah kaki ke kedai tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Cawangan Utama dan Penjenamaan Semula CHAGEE, di sini hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Mohd. Hilaluddin Abd. Syukor.

Mohd. Hilaluddin berkata, usaha yang diambil hari ini oleh CHAGEE membuktikan bahawa sektor perniagaan sudah mula kembali rancak.

“Apa yang menarik perhatian adalah walaupun selepas dua tahun pandemik Covid-19, CHAGEE masih mampu dan berjaya menubuhkan 32 cawangan dalam tempoh masa yang sangat singkat.

“Ini kerana sebelum ini ramai usahawan mengambil pendekatan tunggu dan lihat, namun sekarang kita dapat lihat bahawa mereka telah mula mengambil tempat masing-masing untuk berniaga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI