fbpx

Watak tipikal atau klise? Amyra Rosli okey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMPAI ke tahap sekarang, Amyra tidak mahu terlalu berkira tentang watak lakonan, tipikal, klise atau apa sahaja, semuanya okey asalkan bersesuaian dengan statusnya sebagai isteri dan ibu. – BAMBAM STUDIOS

SEPANJANG bergelar anak seni sejak sedekad lalu, aktres Amyra Rosli cukup dikenali sebagai pendukung watak teraniaya, berendam air mata dan sarat emosi dalam kebanyakan naskhah lakonannya.

Ditebak tentang perkara tersebut, pemilik sebenar nama Nur Amira Izzati Rosli itu mengakui, tidak dapat lari daripada bayangan watak sebegitu sepanjang bergelumang dalam industri.

Amyra, 30, berkata, biarpun dilihat kerap menjayakan watak tipikal, namun secara peribadi, dia langsung tidak kisah jika terus menerus diberi peranan memegang karakter sebegitu.

Ikuti temu bual bersama isteri kepada pelakon Amar Baharin itu yang turut berkongsi tentang perkembangan terkininya apabila muncul dalam drama berjudul Jangan Menangis Cinta menampilkan gandingan bersama Remy Ishak.

KOSMO!: Boleh Amyra kongsikan tentang watak yang dijayakan dalam drama Jangan Menangis Cinta?

AMYRA ROSLI: Dalam naskhah adaptasi daripada novel tulisan Siti Rosmizah berkenaan, saya memegang watak sebagai Riyana.

Awal cerita, dia seorang yang agak naif dan suka menangis. Tetapi masuk ke pertengahan cerita, dia mula berubah sedikit apabila menunjukkan sikap degil dan melawan.
Meskipun secara kasar, watak ini nampak sama macam yang pernah saya jayakan sebelum ini, tetapi sebenarnya ada perbezaan.

Boleh anda huraikan tentang perbezaan yang ada pada watak Riyana?
Keperibadian yang ditunjukkan Riyana pada awal jalan cerita memang lembut. Tetapi dia kemudian berubah menjadi keras hati disebabkan lelaki.
Dalam cerita ini, saya banyak menangis. Cuma apa yang menarik, drama ini sebenarnya menayangkan konflik sebenar yang berlaku dalam kehidupan suami isteri di luar sana.

Apa cabaran yang dilalui untuk drama ini?
Kami belum habis penggambaran, tetapi apa yang boleh saya katakan sejak terlibat dengan projek ini, kami sebagai pelakon diibaratkan macam ‘puppet’ (boneka)
Pengarah Raja Mukhriz minta saya keluarkan air mata pada waktu yang dia mahu. Dia yang aturkan air mata saya untuk keluar pada waktu dan babak dimahukan.

Sepanjang berlakon, anda sering membawa watak klise dan tipikal sebegitu. Apakah ada jenis watak lain yang mahu anda cuba selepas ini?
Sekarang orang tengok, saya selalu bawa watak sebegini. Sebenarnya, dahulu saya pernah dapat watak berbeza.

Contohnya watak psiko dan jadi jahat. Sekarang apabila orang bagi saya watak yang baik-baik sahaja, saya tidak kisah pun. Sebab dulu saya pernah berlakon teater selama tiga tahun dan macam-macam dah pernah jadi. Untuk rezeki akan datang, saya tak kisah watak apa pun asalkan sesuai.

Dalam situasi semasa Covid-19 yang membimbangkan sekarang, bagaimana anda menjalani kerja-kerja penggambaran?
Setakat ini, alhamdulillah. Saya dan keluarga semua sudah pernah dijangkiti Covid-19. Memandangkan semua sudah menerima dos suntikan penggalak, jadi rasa selamat sikit untuk keluar bekerja.

Cuma dari segi jadual kerja, agak mencabar. Masing-masing ada jadual kerja lain tapi ada masanya terganggu kerana berlaku kes di set. Tetapi alhamdulillah, dari segi kesihatan setakat ini okey saja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI