fbpx

PPZ-MAIWP tingkatkan saluran pembayaran zakat secara agresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hakim ketika berucap di Majlis Pelancaran Kempen Ramadhan Penuh Makna hari ini.

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meningkatkan pelbagai saluran pembayaran zakat termasuk menawarkan ganjaran buat pembayar zakat sepanjang Ramadhan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman berkata, terdapat beberapa inisiatif telah dirangka untuk menarik minat masyarakat menunaikan tanggungjawab pembayaran zakat.

“Antara ganjaran ditawarkan adalah pakej umrah serta pakej ziarah manakala pembayar zakat secara dalam talian pula berpeluang memenangi hadiah seperti sejadah, telekung eksklusif, cenderahati istimewa dan lain-lain.

“Selain itu, kita juga menyediakan portal zakat khas bagi orang ramai membuat pembayaran secara online selain mengadakan sesi Google Meet buat pembayar zakat yang mempunyai pertanyaan berhubung proses pembayaran,” ujarnya ketika sidang akhbar di Majlis Pelancaran Kempen Ramadhan Penuh Makna, di sini hari ini.

Katanya, perkhidmatan khas bagi pembayar zakat yang ingin mendapatkan layanan secara peribadi turut dijalankan dan orang ramai boleh membuat tempahan temu janji perkhidmatan Ride2U serta Kaunter Zakat Bergerak.

Dalam pada itu, Abdul Hakim juga memaklumkan sasaran pungutan zakat sepanjang bulan Ramadhan tahun ini adalah sebanyak RM136 juta melibatkan 330,500 pembayar zakat terbahagi kepada RM130.7 juta bagi zakat harta serta RM5.3 juta untuk zakat fitrah.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM852 juta melibatkan 410,000 pembayar zakat bagi tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI