fbpx

Pemandu van didakwa abai budak autisme hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Nazree Uzir didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pengabaian sehigga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan autisme, Oktober tahun lalu. -FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan autisme, Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Nazree Uzir, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Nazree didakwa melakukan kesalahan pengabaian dan meninggalkan kanak-kanak dalam jagaan serta kawalan di dalam sebuah van jenis Kia Pergio miliknya sehingga mendatangkan kematian seorang kanak-kanak, Nur Kasrena Darwisyah Mohd. Khairul berusia sembilan tahun.

Kesalahan itu dilakukan dalam sebuah van yang berada di hadapan rumah di Jalan Nusari Bayu 5/1, Taman Nusari Bayu 2, Bandar Seri Sendayan di sini di antara pukul 2.45 hingga 5.30 petang, 12 Oktober 2021

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu keluarga mangsa sehingga kes selesai dan kes akan disebut semula 9 Mei depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI