fbpx

‘King’ kantoi, dadah bernilai hampir RM22,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah bernilai hampir RM22,000 berjaya dirampas dalam dua serbuan di Jempol, 29 Mac lalu. - IHSAN POLIS

JEMPOL – Penangkapan seorang lelaki Selasa lalu di Felda Palong 7, di sini, membawa kepada penangkapan seorang tokan yang digelar ‘King’ bersama seorang lagi rakan mereka dalam tempoh kurang sejam dari tangkapan pertama.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, turut ditangkap seorang lagi lelaki dalam serbuan kedua dan polis berjaya merampas dadah jenis heroin serta syabu bernilai RM 21,970.

Menurutnya, tangkapan pertama dibuat kira-kira pukul 4 petang melibatkan seorang lelaki berusia 39 tahun di tepi jalan besar Felda 7, Gemas dan polis telah merampas dadah jenis heroin seberat 16 gram bernilai RM720 serta menyita sebuah motosikal jenis SYM.

“Siasatan lanjut ke atas lelaki yang memiliki lima rekod jenayah itu mendapati dia mendapatkan bekalan dadah itu di dalam sebuah kebun getah Felda Palong 7, Jempol melalui seorang lelaki dengan panggilan King.

“Susulan tangkapan itu, polis menyerbu garaj kereta hadapan sebuah rumah di Felda Palong 7, dan menahan dua lelaki berusia 42 dan 48 tahun termasuk individu bergelar King yang bertindak sebagai dalang utama,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Chang Hook berkata, dalam serbuan berkenaan, polis telah menemui dadah jenis heroin seberat 50 gram bernilai RM2,250 dan dadah jenis syabu seberat 190 gram bernilai RM19,000.

Menurutnya, turut dirampas ialah sebuah kereta Proton Wira biru, selain hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah berkenaan dan juga memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI