fbpx

KopTNB lancar rebat cukai jalan RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasan (tengah) ketika melancarkan Majlis Pelancaran Rebat Cukai Jalan RM500,000 di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KopTNB) melancarkan rebat cukai jalan RM500,000 khas buat setiap anggotanya dan boleh dituntut mulai April 2022.

Pengerusinya, Rahamat Abdullah berkata, inisiatif ini adalah sebagai satu penghargaan kepada anggota KopTNB yang telah memberi sokongan sehingga koperasi berjaya menjadi koperasi ketujuh terbaik negara bagi dua tahun berturut-turut sejak 2020.

“Sebagai tanda penghargaan, KopTNB memperuntukkan RM500,000 untuk dinikmati oleh setiap anggota dalam bentuk rebat memperbaharui cukai jalan kereta mereka.

“Had maksimum rebat untuk satu kereta adalah sebanyak RM120, dan tiada had maksimum jumlah kereta ditetapkan,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Rebat Cukai Jalan RM500,000 di sini hari ini.

Tambah Rahmat, transaksi pembayaran boleh dilakukan secara tunai atau kad kredit dengan menggunakan sistem khidmat atas talian bank (FPX).

“Potongan rebat akan dilakukan secara terus di platform secara atas talian, khusus kepada anggota KopTNB serta menerusi ‘Renew Now, Pay Later’ dengan potongan gaji sehingga RM7,000 untuk tujuh kenderaan.

“Untuk transaksi secara pembiayaan, anggota perlu membuat pembayaran penuh dan KopTNB akan ‘reimbursement’ ke akaun Simpanan Khas anggota dalam tempoh 45 hari setelah transaksi dilakukan,” ujarnya.

Di samping itu, KopTNB juga menawarkan diskaun sebanyak lima peratus kepada pelanggan di atas Premium Takaful menerusi semua transaksi secara tunai.

Sementara itu, Pengerusi TNB, Datuk Sri Hasan Arifin menyasarkan pada tiga tahun akan datang KopTNB bakal menjadi sebuah koperasi tiga terbaik dalam negara.

“Usaha berterusan, kegigihan dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah KopTNB serta pengurusan TNB itu sendiri diperlukan agar dapat meningkatkan kualiti serta memperjuangkan kedudukan terbaik koperasi dalam negara.

“Sebagai cadangan, sekiranya ingin dibantu oleh TNB, pihak koperasi perlu meminda undang-undang kecil koperasi dengan mewajibkan dua ahli lembaga pengarah dilantik oleh TNB sendiri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI