fbpx

Amaran ‘comel’ Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES

NAMPAKNYA insiden Will Smith menampar Chris Rock mendapat perhatian banyak pihak termasuk si cantik Ruhainies.

Kata Ruhainies dalam InstaStorynya baru-baru ini, Rock selayaknya mendapat balasan sebegitu kerana keceloparan mulutnya suka hati mengata fizikal orang lain.

“Dia layak mendapatnya, sebab itulah adab sangat penting. Hendak tanya soalan pada orang lain pun kena fikir banyak kali. Bergurau juga perlu fikir sensitiviti.

“Jangan main cakap tanpa fikir perasaan orang. Mentang-mentang mikrofon di tangan, tidak bermaksud boleh bercakap sesuka hati. Peringatan untuk semua orang, tidak kisahlah dari mana, Malaysia pun sama,” katanya.

Bila baca semula, seperti ada satu amaran dalam komen Ruhainies. Comel betul.

Memang benar tindakan Chris mengejek Jada Pinkett itu salah tetapi jika difikirkan semula, adakah cara Will membalas perkara tersebut tepat iaitu dengan mengasari orang lain?

Banyak sangat perdebatan dalam isu ini, tetapi Smith pun dah minta maaf dan rasa bersalah.

MIZZ LAHAR: Bagi Nad Zainal pula, bagus suami pertahan isteri tetapi bukan dengan cara begitu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI