fbpx

MAFI mahu teroka potensi penanaman jagung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (kiri) bersama Zamri (kanan) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Jubli Emas 50 Tahun Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di sini tadi.

PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mahu meneroka potensi penanaman jagung secara komersial sebagai persediaan memastikan bekalan makanan negara terus mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, hasrat mewujudkan industri jagung merupakan satu pendekatan baharu bakal diambil kerajaan selepas melihat kebergantungan besar negara terhadap bahan makanan itu.

“Kita lihat kebergantungan negara terhadap jagung begitu besar, kita ada kapasiti untuk penanaman jagung dan perlu gerakkan dasar dan insentif untuk bangunkannya.

“Konflik yang berlaku di luar sana seperti Covid-19 mengajar kita untuk mencukupkan bekalan makanan negara kerana jagung begitu penting bagi industri penternakan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jubli Emas 50 Tahun Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di sini tadi.

Hadir sama Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Katanya, kerajaan turut bertekad untuk terus memberi perhatian kepada industri penanaman jagung pada masa akan datang berikutan kurang memberi tumpuan kepada bahan makanan itu sebelum ini.

“Pihak swasta turut memberi reaksi positif terhadap hasrat ini selain beberapa syarikat bakal terlibat sedang dalam perbincangan bersama pihak kementerian,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI