fbpx
Keadaan banjir yang berlaku di Bukit Antarabangsa sebentar tadi.

[VIDEO] Bukit Antarabangsa dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG – Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan kira-kira 30 buah rumah terjejas akibat banjir di Jalan Mulia, Bukit Antarabangsa sebentar tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 6.35 petang.

“Hujan lebat berterusan telah menyebabkan air hujan dari atas bukit telah melimpah dari longkang utama di kawasan taman tersebut dan menyebabkan laluan air turun ke bawah bukit.

“Kejadian tersebut menyebabkan kira-kira 30 buah rumah terjejas dengan ketinggian air setinggi 0.6 meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, air juga sudah mulai surut kira-kira sejam selepas kejadian dan tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Kejadian ini juga bukan disebabkan ban yang pecah seperti dakwaan sebaliknya disebabkan air hujan dari atas bukit telah melimpah dari longkang utama seterusnya ke kawasan perumahan tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR