fbpx

56 laporan AEFI kematian penerima dos penggalak perlu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 56 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak yang memerlukan penyiasatan dan penilaian.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan, Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, jumlah itu adalah sepanjang tempoh pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi dos penggalak (PICK-B) sehingga Jumaat lalu.

Katanya, Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin Covid-19 (JFK) mendapati 25 laporan yang telah lengkap penyiasatan tiada hubung kait dengan vaksin, manakala baki 31 laporan masih dalam proses penyiasatan.

“Bagi pelaporan AEFI, sebanyak 1,473 laporan bersamaan kadar 95 laporan bagi setiap sejuta dos yang juga adalah lebih rendah daripada kadar keseluruhan pelaporan AEFI, 377 bagi setiap sejuta dos.

“Daripada jumlah laporan AEFI yang diterima bagi dos penggalak ini, hanya 123 laporan atau 8.4 peratus daripada jumlah laporan AEFI diterima bagi dos penggalak diklasifikasikan sebagai serius bersamaan kadar lapan laporan bagi setiap juta dos,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Roshayati berkata, sehingga 25 Mac lalu, sebanyak 15,578,430 dos penggalak sudah diberikan dan melihat kepada laporan AEFI, ia mencatatkan kadar 95 laporan bagi setiap sejuta dos.

“Pemantauan laporan AEFI diterima NPRA setakat ini, trend dan kadar pelaporan AEFI yang melibatkan dos penggalak tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada apa yang dilihat semasa pemberian dos primer.

“Trend pelaporan yang sama juga turut dilaporkan oleh negara lain yang telah menjalankan program imunisasi bagi dos penggalak vaksin Covid-19,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI