fbpx

Pagar Muzium Istana rosak dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan petugas DBKL sedang mengalihkan pokok tumbang yang telah menghempap pagar tembok batu Muzium Istana Diraja dan dua buah kenderaan di lokasi, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Pagar tembok batu Muzium Istana Diraja dan dua buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap sebatang pokok yang tumbang susulan angin kuat dan hujan lebat berhampiran Muzium Diraja Jalan Syed Putra, dekat sini petang tadi.

Komander Operasi, PBK II Omar Chekku berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.06 petang.

“Enam anggota bomba bersama sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi didapati telah berlaku pokok tumbang yang menghempap pagar tembok batu Muzium Istana Diraja serta dua buah kenderaan iaitu Toyota Vellfire dan Honda BRV,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, dua orang mangsa yang berada di dalam kenderaan berkenaan tidak mengalami kecederaan dan telah selamat keluar dengan sendirinya.

Jelas beliau, kejadian pokok tumbang itu turut menghalang laluan di Jalan Syed Putra dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi kejadian.

“Pihak Bomba dengan dibantu petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melakukan kerja-kerja memotong, mengalihkan dan membersihkan pokok yang tumbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI