fbpx

Solat jemaah di Johor dibenar rapat sejadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim perkenan membenarkan solat berjemaah di surau dan masjid dilakukan secara rapat sejadah bermula 1 April ini.

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau seluruh Johor dilaksanakan secara merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah yang hadir.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, arahan itu akan berkuatkuasa bermula 1 April ini.

Sehubungan itu katanya, setiap jemaah diminta membawa sejadah sendiri berukuran sekurang-kurangnya 3.5 kaki panjang dan dua kaki lebar.

“Sementara itu, bagi mengimarahkan bulan Ramadan, solat sunat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dan solat sunat witir pula sebanyak 3 rakaat.

“Imam bertugas digalakkan membaca surah dalam juzuk ke 30 sahaja manakala imam jemputan perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Kadi Daerah terlebih dahulu.

“Sementara itu, edaran bubur lambuk, jamuan majlis berbuka puasa, sahur dan moreh dibenarkan untuk dilaksanakan secara berbungkus sahaja,” katanya dalam sidang akhbar berhubung Pengumuman Kadar Fitrah 2022, di sini hari ini.

Turut hadir, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md. Rofiki A. Shamsudin.

Sementara itu, Mohd. Fared turut memberitahu, hanya Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor yang dibenarkan untuk berucap dalam kawasan masjid dan surau, manakala ucapan parti politik atau wakil rakyat tidak dibenarkan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI