fbpx

Pelakon pekak, Troy Kotsur menang Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Troy (kiri) menewaskan beberapa pesaing lain iaitu J.K Simmons filem Being the Ricardos, Ciarán Hinds (Belfast) dan dua calon  daripada filem The Power of the Dog iaitu Jesse Plemons dan Kodi Smit-McPhee.

LAHIR dengan masalah pendengaran atau pekak, pelakon filem CODA (Child of Deaf Adults), Troy Kotsur membuktikan kekurangan tersebut bukan penghalang apabila memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik acara berprestij dunia, Academy Awards 2022 sebentar tadi.

Troy menewaskan beberapa pesaing lain iaitu J.K Simmons filem Being the Ricardos, Ciarán Hinds (Belfast) dan dua calon daripada filem The Power of the Dog iaitu Jesse Plemons dan Kodi Smit-McPhee.

Kejayaan luar biasa berkenaan sekali gus menyaksikan Troy melakar sejarah sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berstatus pekak pertama yang memenangi trofi Oscar untuk kategori lakonan.

Ketika menerima trofi, Troy yang memainkan peranan bernama Frank Rossi dalam CODA memberi ucapan dalam bahasa isyarat.

“Satu pengalaman hebat untuk berada di sini dalam perjalanan ini. Saya masih tidak boleh percaya saya sedang berada di sini.

“Terima kasih kepada semua pelakon pentas teater yang saya diberi peluang untuk menggilap bakat saya sebagai seorang pelakon,” kata Troy, 54.

Academy Awards yang berlangsung untuk edisi ke-94 kini bersiaran langsung untuk dari Dolby Theatre, Hollywood, Hollywood & Highland, Amerika Syarikat.

Filem The Power of the Dog arahan Jane Campion menerima pencalonan terbanyak dengan 12 pencalonan diikuti Dune (10). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI