fbpx

Dua rumah mangsa ribut dibina semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (dua dari kanan) ketika meninjau kerosakan rumah mangsa ribut yang dibina semula oleh Kinta Properties di Kampung Tawas, Ipoh pagi tadi.

IPOH – Dua buah rumah penduduk yang rosak teruk dalam kejadian ribut di Kampung Tawas di sini Januari lalu sedang dibina dan dijangka siap dua minggu lagi.

Pembinaan ini dilakukan menerusi kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan syarikat pemaju hartanah, Kinta Properties Sdn. Bhd.(Kinta Properties).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, inisiatif Kinta Properties dalam usaha membantu komuniti setempat yang dilanda bencana wajar dicontohi.

“Dua rumah kayu itu tidak boleh dibaik pulih, maka pihak Kinta Properties memutuskan untuk membina semula.

“Kos pembinaan keseluruhan sebanyak RM60,000 dibiayai sepenuhnya oleh syarikat tersebut,” ujarnya semasa meninjau kerja-kerja pembaikan rumah mangsa ribut di Kampung Tawas, dekat sini pagi tadi.

Sebelum ini pihak Kinta Properties telah menyumbang lebih RM40,000 untuk membaikpulih 44 buah rumah mangsa ribut di Taman Tasek Damai di sini. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI