fbpx

Britain diramal lebih sejuk daripada Iceland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LONDON – Britain diramal mengalami suhu lebih sejuk daripada Iceland ekoran fenomena cuaca dikenali sebagai ‘serangan Artik’ yang dijangka membawa salji ke kawasan seluas 1,600 kilometer, lapor akhbar Daily Star.

Udara sejuk  melanda Britain hari ini dengan Pejabat Meteorologi meramalkan salji turun di bahagian utara negara itu bermula Rabu  dan bahagian selatan pada  Khamis ini.

Suhu waktu malam diramal mencecah -4 darjah Celsius dengan kawasan di selatan Britain turut dilanda kesejukan di bawah suhu sifar, manakala fros dijangka berlaku di banyak kawasan.

“Cuaca panas akan menghangatkan hari Isnin (hari ini). Namun,  hujan lebih lama akan menyusuli di banyak kawasan bermula Selasa, kemudian menjadi lebih sejuk dengan hujan turun di bahagian  utara.

“Bermula Khamis ini,  hujan seperti yang berlaku pada musim sejuk diramal melanda dengan  lebih kerap di bahagian utara Britain. Bagi kawasan selatan pula, kami meramalkan hujan dan salji di kawasan berbukit.

“Suhu musim sejuk dijangka  berterusan ketika Waktu Musim Panas Britain bermula,” kata agensi ramalan cuaca tersebut.

Tambah Pejabat Meteorologi, meskipun penggemar musim panas akan berasa kecewa kerana cuaca panas berakhir, udara sejuk akan menghentikan gelombang haba yang buat masa ini menyumbang kepada pencemaran di Britain.

Kadar pencemaran udara  yang tinggi direkodkan dari Kent hingga ke Sunderland serta Leeds selain beberapa bahagian di  tenggara Britain  dengan kadar amat tinggi terutamanya di Norfolk dan Essex.

Justeru, kerajaan Britain menggesa penduduk supaya mengurangkan aktiviti fizikal terutamanya apabila berada di kawasan terbuka dan sekiranya mereka  mempunyai gejala. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI