fbpx

OKU nak lahirkan 100 jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. KHAIRUL (kiri) mengusahakan Jamumall.com bersama adiknya Siti Suriani (kanan).

SHAH ALAM – Bukan penghalang, walau terpaksa bersaing dengan orang normal, namun semangat luar biasa dan komitmen golongan orang kelainan upaya (OKU) mengatur langkah mampu mengaut pendapatan hingga tujuh angka.

Pengasas platform Jamumall.com, Mohd Khairul Nizam Wahiddin berkata, jika anda sempurna tetapi tidak mahu lalukan perubahan, anda umpama hidup dalam keadaan OKU.

Mohd Khairul yang lumpuh seluruh badan dan hanya mampu menggerakkan jarinya memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual isian semula prabayar bermodalkan RM100.

“Saya juga pernah rugi lebih RM600,000 sebab kena saman. Memang terduduk, nak naik balik bukan senang.

“Dengan simpanan RM300,000 keluarkan minyak wangi jenama sendiri. Tetapi tak tahu nak tetapkan harga, buat pelancaran besar-besaran, tetapi sistem laman sesawang belum tersedia dan jem. Pulangan tak sampai RM10,000,” jelasnya.

Tidak mahu terus melakukan kesilapan sama dan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa dan adik beradiknya sahaja Mohd Khairul mengambil keputusan mengikuti program anjuran RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Melalui program itu dia mendapat ilmu perniagaan yang tepat.

Hasilnya, kini Jamumall.com yang diusahakan bersama adiknya, Siti Suriani mempunyai wisma empat tingkat di Setia Alam, 30 pekerja dan telah melatih 27,000 dropship pada tahun lalu.

“Pada 2021, kami mencatat jualan RM10.6 juta dan menyasarkan jualan RM30 juta pada tahun ini. Kami juga menyasarkan 100,000 dropship dan melahirkan 100 orang jutawan,” ujarnya.

Bagi yang berminat untuk menjana pendapatan dan mendapatkan produk terbaru untuk memutihkan gigi Whitekish anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di Facebook Jamumall.com. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI