fbpx

Dua maut Kancil bertembung Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis kancil yang remuk teruk akibat bertembung dengan pacuan empat roda dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 12 Jalan Chini-Kuantan di Pekan hari ini.

PEKAN – Dua lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 12 Jalan Chini-Kuantan di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta Hasyim Amin, 29, dan penumpang hadapan kereta iaitu Dolah Muhtar, 39.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Chini menghala ke Kuantan.

“Apabila tiba di tempat kejadian kereta dinaiki mangsa telah terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang daru arah bertentangan.

“Akibat kejadian pemandu dan penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Zaidi mangsa yang maut dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian keadaan jalan kering serta tidak hujan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI