fbpx

Semua lapangan terbang di Malaysia bakal penuhi QOS menjelang 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saripuddin (tengah) pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.

SEPANG – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyasarkan semua 42 buah lapangan terbang di negara ini memenuhi Kualiti Perkhidmatan (QOS) menjelang 2027.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, ini termasuklah tiga buah terminal udara yang bukan dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Kami ketika ini sudah pun hampir melaksanakan kesemua Rangka Kerja QOS ini meliputi Terminal 1 dan 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya ketika mengumumkan perkembangan semasa program berkenaan yang telah bermula di KLIA sejak 2018 pada sidang akhbar di Hotel Sama Sama KLIA, hari ini.

Rangka Kerja QOS mengandungi 28 elemen yang telah dikuatkuasakan bagi memastikan peningkatan berterusan mutu perkhidmatan dan keselesaan pengguna di terminal udara.

Ia mengandungi tiga fasa tempoh masa dengan fasa pertama meliputi kedua-dua terminal di KLIA sehingga 2022, diikuti 11 lagi lapangan terbang bagi fasa kedua sehingga 2025.

Fasa terakhir pula merangkumi baki kesemua terminal udara di seluruh negara sehingga 2027 termasuk tiga yang bukan di bawah pengendalian oleh pihak MAHB.

Saripuddin memberikan jaminan bahawa Rangka Kerja QOS bukan dilakukan oleh Mavcom untuk menghukum operator terminal udara tetapi lebih kepada memberikan keselesaan buat penumpang.

Justeru tambah beliau, pihaknya bersikap terbuka dan telus memaparkan prestasi semasa tahap kualiti elemen tersebut menerusi laman sesawang rasmi agensi berkenaan.

Bahkan pautan khas menyiarkan prestasi syarikat penerbangan tempatan dan asing termasuk ketepatan masa berlepas dan mendarat serta pembatalan penerbangan.

Paparan data tersebut, ujar beliau, boleh digunakan sebagai rujukan panduan penumpang yang akhirnya berhak memilih syarikat tertentu atas risiko sendiri sebelum membeli tiket. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI